21 April 2008

99 KUNCI CINTA































kunci
e-Book
99 KUNCI
MENCARI CINTA

PASTI menggegar jiwa, mengubah anda menjadi lebih hebat, lebih menarik dan lebih diminati!

Sarat dengan informasi dan tip-tip yang benar-benar boleh menolong sesiapa sahaja yang sedang atau mahu mencari cinta yang sejati. Dalam ebook ini, apa yang anda akan dapat ialah:-
  • Teknik Mental - SANGAT BERFAEDAH UNTUK ANDA kerana ia boleh membantu emosi anda agar lebih teguh, tabah dan bersedia menghadapi kegagalan serta kekecewaan dalam percintaan, lantas menjadikan anda lebih berkeyakinan dan lebih berani menghadapi segala dugaan.

  • Teknik Penampilan - PENAMPILAN DIRI TIDAK BOLEH DIANGGAP REMEH. Ketahui dengan lebih lanjut tentang penampilan diri kerana ianya telah banyak membantu saya dan pastinya akan membantu anda kelihatan unik dalam mencari cinta itu. Penampilan yang kena dengan tempatnya dan lebih menarik dari biasa, sudah cukup untuk mengundang cinta itu hadir dan bersemi.

  • Teknik Mengenal - MENGENALI CINTA SEJATI AMAT BERFAEDAH UNTUK ANDA MENGELAK DARI KEKECEWAAN. Mengenali dan memilih pasangan yang ideal adalah teramat penting. Ramai pasangan yang putus cinta dan yang bercerai adalah kerana mereka memilih pasangan masing-masing mengikut nafsu serta 'tangkap muat' saja. Dengan mengenali yang 'real' atau tidak, anda dapat mengelakkan kekecewaan yang teramat sangat. Apabila kita cepat mengenali diri seseorang atau situasi, kita juga akan cepat membuat keputusan yang betul.

  • Teknik Memikat - MENGETAHUI CARA MEMIKAT YANG BETUL DAN LEBIH ROMANTIK AKAN MEMBANTU ANDA MENJADI SEORANG PENCINTA YANG UNIK. Mungkin anda rasa, mencari cinta tidak perlu dipelajari. Itulah silapnya masyarakat di Malaysia ini. Melengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang mencari cinta sudah tentunya akan menjadikan anda lebih menarik dan lebih diminati. Mungkin ianya memerlukan keberanian dan kesungguhan anda, namun dengan ebook 99 Kunci Mencari Cinta anda akan dapat melakukannya dengan mudah. Banyak mana yang anda inginkan? Banyak mana kemahuan anda untuk memiliki si dia?? Teknik ini akan menjawab segala persoalan anda selama ini.


kunci
KUNCI RAHSIA CINTA!
"Kombinasikan 99 Kunci mencari cinta yang dipelajari dan gunakannya sekaligus
setiap hari. Gabungk
annya, nescaya impaknya tersangat hebat!"

Dapatkan
e-Book canggih (Full Version)
99 Kunci Mencari Cinta
Sekarang!
$39.90



e-Book
99TIP MUTIARA CINTA

“Apabila anda jatuh cinta, mula bercinta, hidup hanya untuk cinta, pendirian berpandu pada cinta, segala-galanya hanyalah untuk cinta, hanya satu perkara terakhir yang anda perlukan...memahami erti percintaan itu...”


99tip Mutiara cinta, yang menyingkap segala masalah, halangan dan pengertian di dalam sesebuah perhubungan cinta yang sebenar. Pada setiap Mutiara Cinta itu pula, ia disulam dengan 99tip khas untuk anda lebih memahami erti cinta di dalam sesebuah perhubungan. E-book yang sangat berfaedah ini, pastinya akan membantu anda agar lebih tabah dan ianya juga memberi kesan yang mendalam kepada setiap individu yang membacanya. Harapan saya, agar anda semua mendapat pengajaran dan boleh mempraktikkan di dalam kehidupan cinta yang sedia ada mau pun yang bakal ditempuhi. Alangkah leganya di hati sekiranya anda mendapat menafaat dari ebook ini dan boleh menjadikan ianya satu persediaan masa depan.

"Ketahui kesemua 99 TIP MUTIARA CINTA"
e-Book yang ...yang pasti akan membantu anda menjadi lebih matang dalam cinta, lebih mengerti menangani persoalan cinta dan membuat anda lebih bersedia sebelum bercinta!!

Mengenali & memahami kaum wanita, adalah cara terbaik untuk anda berjaya di dalam sebuah percintaan...”

Razzi Rahman & Catriona Ross
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SIAPA YANG PATUT ADA EBOOK INI?
  • Wanita patut menghadiahkan ebook ini kepada lelaki agar mereka lebih memahami sifat wanita yang unik.

  • Wanita yang mahu si dia cepat bertindak menawan hati mereka dengan cinta sejati.

  • Lelaki yang mahu mendalami erti diri wanita yang sebenar.

  • Lelaki yang kurang berkeyakinan dalam menangani masalah dengan wanita.

  • Lelaki yang sudah memiliki isteri ataupun kekasih, agar perhubungan lebih bahagia.



Mutiara Cinta #1 :


“Cara bercinta paling selamat ialah bukan
dengan mengawal cinta itu dari hilang
tetapi bersedia untuk kehilangannya.”

Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.

Sedari awal lagi, tujuan saya dan Cat mencipta Kunci Cinta.com adalah khas untuk menguatkan semangat semua orang agar lebih tabah menghadapi dugaan di dalam percintaan dan berani menempuh hidup ini di dalam kekecewaan. Alhamdulillah...semakin hari, kami semakin yakin dengan kesemua yang telah kami bimbing.



Mutiara Cinta #2 :
“Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah,
mencintai orang yang mencintai orang lain.”

Tip : Ingin saya sarankan untuk berkali-kalinya, apabila anda dapat tahu yang si dia sudah berpunya atau sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa paling best! Cepat-cepatlah melupakan dirinya dan terus saja memulakan lembaran baru dalam hidup anda. Kenal seramai-ramai teman baru, bina perhubungan baru, percintaan baru dengan orang baru!!...anda sudah tidak perlu lagi nak susah-susah takut ada orang yang nak jealous nanti.



Mutiara Cinta #3 :
“Cinta yang sejati, sebenarnya tidak pernah mati walaupun sudah berpisah, cinta itu akan terus mekar di lubuk jiwa. Hanya jasadnya sahaja yang sudah tidak bersama.”

Tip : Cuba buat-buat yang anda mahu berpisah untuk selama-lamanya dengan kekasih anda . Uji dia...jika dia benar-benar menaruh hati dan perasaan cinta yang sejati pada anda, dia akan berkata, "Jika perpisahan yang akan membahagiakan mu, aku rela melepaskan kau pergi!"

Dia sanggup berkata begitu kerana baginya, walaupun dia berpisah dengan anda, dia tetap akan menyintai anda dan mahu anda bahagia.

Namun jika dia cuba sedaya-upayanya untuk tidak berpisah walau hanya untuk sementara, dia hanyalah mementingkan perasaannya sendiri. Soalnya, adakah anda sanggup mengujinya? ADA BERANI?



Mutiara Cinta #4 :
“Walau hitam, hodoh dan hancur yang anda fikir tentang diri anda, YANG PENTING bukan anda tetapi DIA. Apa dia fikir tentang diri anda?...”

Tip : Perasaan rendah diri akan sentiasa menguasai jiwa mereka yang ada kekurangan pada diri masing-masing. Sewajarnya anda tidak perlu asyik memikirkannya sangat. Sekiranya ada yang berkenan dengan anda, walaupun pada tanggapan anda sendiri anda tidak layak buatnya, ITU TIDAK PENTING! Yang penting hatinya suka pada anda, jiwanya sanggup menerima anda. Itu lebih daripada cukup! Pedulikan kata orang lain.


Mutiara Cinta #5 :
“Mereka yang tidak kisah jika anda mempunyai kasih yang lain adalah mereka yang juga memiliki yang lain.”

Tip : Sedar dan kenalilah perangai pasangan anda. Lebih-lebih lagi apabila dia membenarkan anda terlalu sosial dan berkenalan dengan orang lain tanpa menunjukkan sebarang reaksi cemburu.

Ada kemungkinan besar, dia juga melakukan perkara yang sama di belakang anda. Jika anda tidak suka pasangan anda melakukan perkara yang anda tidak suka, ada lebih baik anda berubah menjadi baik terlebih dahulu dan tunjukkan contoh kekasih yang terpuji akhlaknya.


Mutiara Cinta #6 :
“Apa yang kita lalui bersama dulu, cukup bagus.
Apa yang kita lalui sekarang sangat menarik
dan apa yang akan kita hadapi
nanti adalah yang terhebat...”

Tip :Di dalam setiap perhubungan, tidaklah berapa baik sekiranya anda sentiasa memikirkan akan masa lampau, tidak bagus juga jika anda asyik memikirkan masa depan. Seelok-eloknya fikir masa sewaktu anda bersama yang tersayang dari masa lalu, sekarang dan akan datang.


Anda pasti mahu tahu lebih lagi, kan?


Dapatkan buku Kamus Cinta oleh :
Razzi Rahman & Catriona Ross hari ini
pada harga yang sangat berpatutan...

Ketebalan : 317 Muka Surat

HARGA Hanya: $39.00



e-book
99 Rahsia Wanita
Penulis : Razzi Rahman
Idea & Penulis Bersama : Catriona Ross
Idea Asal & Editor : Noraini Rahman



"Segala-gala tentang wanita dan tip-tip
untuk mencapai kebahagiaan bersama-sama"

Assalamualaikum... seribu doa keberkatan dipohon dari yang Maha Esa agar pertemuan kita kali ini akan lebih bermakna dan dipanjangkan silaturahim. Menggunung harapan saya dan Cat selaku penulis bersama, agar dengan anda mengetahui dan memahami serba sedikit dari keluaran siri 99 Rahsia Wanita ini, akan menjadi satu kelebihan besar buat anda.


SIAPA YANG PATUT ADA EBOOK INI?
  • Wanita patut menghadiahkan ebook ini kepada lelaki agar mereka lebih memahami sifat wanita yang unik.

  • Wanita yang mahu si dia cepat bertindak menawan hati mereka dengan cinta sejati.

  • Lelaki yang mahu mendalami erti diri wanita yang sebenar.

  • Lelaki yang kurang berkeyakinan dalam menangani masalah dengan wanita.

  • Lelaki yang sudah memiliki isteri ataupun kekasih, agar perhubungan lebih bahagia.

Ketahui 99 Rahsia Wanita
e-Book yang mempamerkan penyampaian yang amat
menghiburkan dan menggelikan hati, lebih santai, dan TIDAK
menganggap sesuatu yang buruk itu sebagai satu kekurangan!!


Ketahui 99 Rahsia Wanita
e-Book yang mempamerkan penyampaian yang amat menghiburkan dan menggelikan hati, lebih santai, dan TIDAK menganggap sesuatu yang buruk itu sebagai satu kekurangan!!

Harga hanya : $39.90



"9 Sebab Mengapa Buku Kamus Cinta adalah PILIHAN UTAMA untuk
Menangani Masalah Perhubungan anda Lantas Berjaya Dalam Cinta!"

Mengetahui dan Memahami Segala Rahsia dan Persoalan Cinta
DENGAN LEBIH MUDAH
sudah Tidak Mustahil Lagi!!

1. Sebuah Buku Kompilasi #1 Terlaris Di Internet 2007
Buku Kamus Cinta adalah sebuah buku kompilasi 4 ebooks persoalan cinta yang terlaris di internet sepanjang tahun 2007. Sudah ramai yang sudah menemui kebahagiaan sebenar setelah memahami erti cinta dari buku ini.

2. Berbagai-bagai pengalaman selama bertahun-tahun dalam cinta dikongsikan bersama oleh 2 artis sekaligus
Berbeza dengan buku-buku di pasaran yang lain, ataupun ebook yang dijual secara online, Kamus Cinta diabadikan oleh Razzi Rahman dan Catriona Ross, berpandu terus dari pengalaman tersendiri. Setiap tip-tip dan cara-cara dalam menangani persoalan cinta juga adalah dari apa yang pernah dialami dan dipelajari sendiri di dalam setiap perhubungan cinta.

3. Satu-satunya buku yang mendapat liputan akhbar dan berbagai majalah secara meluas.

4. Sebuah buku motivasi cinta yang mempunyai tip cinta paling banyak, sarat dalam satu buku.
Hampir 500 tip cinta yang amat berguna digabungkan di dalam Kamus Cinta ini.

5. Kamus Cinta juga telah mendapat liputan beberapa rancangan TV di Astro Ria dan Awani

6. Buku Kamus Cinta mengambil pendekatan yang amat berbeza dari segi cara penulisan dan penyampaian
Cara penyampaian satu-satu tip amat mudah difahami dan lebih santai serta begitu menghiburkan. Anda pasti akan dapat merasakan buku ini dekat dengan anda dan mungkin juga sama dengan pengalaman yang anda sendiri pernah lalui. Yang pasti anda TIDAK AKAN BOSAN sehingga ke helai yang terakhir.

7. Keunikan Kamus Cinta juga mendapat Liputan di Radio BERNAMA, Radio24 channel 93.9FM

8. Kamus Cinta adalah untuk semua lapisan masyarakat
Berbeza dengan buku-buku lain, buku Kamus Cinta adalah untuk semua. Baik yang belum kahwin mahu pun yang sudah berumah-tangga. Baik yang mempunyai masalah cinta, mahu pun yang mahu menambahkan lagi kebahagiaan. Insya-Allah, Kamus Cinta boleh membantu anda.

9. Bonus Peribadi, 99 tip Jikalau bercinta dari Catriona Ross, turut dimuatkan
Anda mungkin ingat anda mendapat kompilasi 4 ebook, tetapi dengan bonus ini, anda sebenarnya memiliki sebuah buku kompilasi 5 dalam 1. ANDA UNTUNG!!

Dapatkan buku Kamus Cinta oleh :
Razzi Rahman & Catriona Ross hari ini
pada harga yang sangat berpatutan...

Harga hanya : $39.90
Ketebalan : 317 Muka Surat




kunci
e-Book
99 RAHSIA LELAKI

"Apa yang wanita perlu tahu tentang lelaki"

Mengetahui sedikit tentang pasangan anda adalah satu kelebihan buat anda. Apatah lagi sekiranya anda dapat mengetahui 99 rahsianya. Sudah tentunya anda akan lebih memahami pasangan anda. Tersalah memilih pasangan untuk hidup di masa hadapan, adalah satu masalah besar. Jadi, sekiranya anda lebih memahami tentang lelaki nescaya anda akan dapat memilih dengan tepat bakal pasangan hidup anda.

Lelaki oh lelaki... lelaki akan sentiasa menjadi lelaki. Buatlah apa pun, nasihatlah apa saja, kaum ini akan tetap dengan kedegilannya dan pendiriannya sebagai satu kaum yang dipandang gagah dan berkuasa. Namun, sebenarnya kaum lelaki adalah sejenis kaum yang bukan susah untuk diagak tindak-tanduknya. Kebanyakan keputusan yang dibuat juga adalah keputusan yang biasa dan tidak keterlaluan jika kena dengan gayanya.

Yang penting kaum wanita haruslah lebih prihatin dengan kehendaknya dan mengetahui apa citarasa pasangan lelakinya. Dengan mengetahui sedikit rahsia sulit yang sentiasa tersembunyi ini, saya amat yakin anda akan lebih berjaya menakluki kaum lelaki!


"Lelaki tidak akan berkata tidak jika dia mahu,
jika dia kata juga...maknanya dia sudah ada yang lain!"

Mudah, senang dan very simple. Cuma kita yang menyusahkannya.

Ketahui 99 Rahsia lelaki
e-Book yang membongkarkan sebenar-benar tentang lelaki,
KHAS untuk anda menjadi lebih tabah dan memahami
siapa lelaki itu sebenarnya!!

oleh : Razzi Rahman

"Apa yang wanita perlu tahu tentang lelaki"


Rahsia #1
Fahamilah!... lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex. Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!


Rahsia #2
Lelaki sangat benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya. Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai sebegitu, ianya seolah-olah wanita itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Jadi...rahsiakan sahaja!


Rahsia #3
Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun perempuan itu tidak lawa langsung! So, jangan perasan! Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda bagaimana sekalipun lelaki tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.


Anda mahu tahu lagi rahsianya???
Okey, saya beritahu lagi...



Rahsia #4

Lelaki curang??...jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan perempuan semua...this is reality!



Rahsia #5

Lelaki amat benci dengan wanita yang berlebih-lebih dalam segala hal. Bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mudah rimas dengan wanita sebegini. Jadi bersederhanalah. Dalam Islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.


Mahu lagi??? Okey...saya beri lagi...



Rahsia #6

Lelaki sebenarnya teramat suka apabila susah untuk memikat gadis itu SUKA DALAM DUKA hehehe... Lagi gadis itu menjual mahal, lagi disukainya. Ianya seperti satu cabaran. Lagi hebat cabaran itu, lagilah menarik gadis itu pada pandangan lelaki tadi. Sememangnya, gadis yang masih single/tiada pasangan, dianggap sepi dan tak laku. Seolah-olah tiada cabaran. Yang sudah berpunya itulah yang selalunya menambahkan 'geram' di hati lelaki... Tambah menggeramkan lagi, apabila melihat pasangan gadis itu tidak handsome dan sudah berumur.
Bertambah tarikannya pula sekiranya mereka masih muda atau pun mempunyai tubuh badan yang menarik dan menggiurkan. NAFSU lelaki selalunya begitu, sejak kecil lagi... yang milik orang itulah yang dimahunya. Kalau yang dah berkahwin tu, janganlah! Berdosa besar beb!, dosanya bagaikan meruntuhkan masjid!

Anda pasti mahu tahu lebih lagi, kan?


Dapatkan
e-Book canggih (Full Version)
99 RAHSIA LELAKI

Sekarang! Harga: $19.00